Esok Keputusan Sama Ada Israel, Amos Yaron Lakukan Jenayah Perang

Diterbitkan: Ahad, 24 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tribunal Jenayah Perang Kuala Lumpur menetapkan esok untuk memutuskan sama ada Israel dan bekas jeneralnya, Amos Yaron, bersalah melakukan jenayah perang terhadap rakyat Palestin di Kem Sabra dan Shatila di Beirut pada 1982.

Bekas Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Lamin Mohd Yunus, yang mengetuai kuorum tujuh hakim tribunal berkenaan, mengumumkan perkara itu selepas mendengar hujah Jason Kay, yang mewakili pembelaan, dan Profesor Gurdial Singh Nijar bagi pihak pendakwaan.

Selain Lamin, kuorum itu dianggotai Tunku Datuk Sofiah Jewa, Profesor Salleh Buang, Profesor Datuk Shad Saleem Faruqi, Datuk Mohd Saari Yusof, John Philpot dan Tunku Intan Mainura.

Terdahulu, Kay yang dilantik 'amicus curae' atau sahabat mahkamah, berhujah Yaron, yang menjadi komander divisyen ketika kejadian pembunuhan beramai-ramai di kem pelarian Sabra dan Shatila pada 1982, tidak sepatutnya didakwa.

Beliau berkata orang yang sepatutnya berada di depan tribunal perang ini ialah Ariel Sharon, yang ketika kejadian merupakan menteri pertahanan dan ketua ketua Yaron.

"Tiada seorang pun daripada saksi pendakwaan yang mengenal pasti Yaron sebagai orang yang bertanggungjawab secara langsung terhadap kematian 3,000 orang di Sabra dan Shatilla pada September 1982," katanya.

Kay berkata Suruhanjaya Kahan juga merujuk tindakan Yaron yang memaklumkan kumpulan militia Phalangists lokasi pengganas di kem pelarian itu dan meminta mereka agar tidak mengapa-apakan orang awam.

Sementara itu, Gurdial Singh Nijar berhujah bahawa Yaron bersalah kerana beliau merupakan pegawai yang memerintah dan sepatutnya mengekalkan keamanan.

"Jika kita lihat perkara ini dari awal, kita akan mendapati tentera Israel sememangnya cuba mengusir penduduk terbabit dan membunuh mereka yang enggan keluar dan terus melakukan pembunuhan dari tahun 1948 hinggalah sekarang," katanya kepada pemberita selepas prosiding tribunal selesai pada 1.20 tengah hari. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan