Saman Fitnah Wan Ahmad Berhubung Projek IC Diputuskan 30 Disember Ini

Diterbitkan: Sabtu, 23 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi menetapkan 30 Disember depan untuk memutuskan kes saman fitnah Timbalan Pengerusi Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar terhadap Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan tiga lagi berhubung artikel yang diterbitkan dalam akhbar Harakah pada Februari lepas.

Pesuruhjaya Kehakiman Lee Heng Cheong menetapkan tarikh itu selepas peguam Azhana Mohd Khairuddin, yang mewakili kesemua defendan, memaklumkan semua saksi kes berkenaan iaitu empat bagi pihak plaintif dan seorang bagi pihak defendan, selesai memberi keterangan.

Terdahulu, Mohamad Sabu atau Mat Sabu, memaklumkan mahkamah bahawa beliau bersetuju tiada bukti lain yang menunjukkan Wan Ahmad terlibat dalam 'Projek IC' di Sabah.

Bagaimanapun, katanya, atas dasar jawatan yang disandang plaintif ketika itu, iaitu sebagai setiausaha SPR, Wan Ahmad secara tidak langsung terlibat dalam projek berkenaan.

"Saya hanya tahu mengenai penglibatan Wan Ahmad dalam 'Projek IC' atas kapasitinya sebagai setiausaha SPR tetapi tiada rangka masa sehingga bila Wan Ahmad menyandang jawatan itu," katanya ketika pemeriksaan balas oleh peguam Wan Azmir Wan Majid, yang mewakili plaintif.

Bagaimanapun, Mat Sabu tidak bersetuju kenyataan dalam dua artikel yang didakwa memfitnah Wan Ahmad dibuat dengan niat jahat untuk menjatuhkan plaintif.

Kepada soalan lain, Mat Sabu berkata beliau tidak dapat memastikan sama ada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ada membuat pendedahan berkaitan penglibatan Wan Ahmad dalam 'Projek IC' kerana tidak pernah melihat atau membaca laporan suruhanjaya itu.

Sementara itu, penyataan saksi beliau menafikan kata-kata yang diterbitkan dalam akhbar Harakah adalah satu fitnah terhadap Wan Ahmad.

"Kata-Kata itu melibatkan isu kepentingan awam, termasuk isu salah urus tadbir SPR dalam mengendalikan pilihan raya di negara ini secara adil, bersih dan telus, dan juga penglibatan SPR dalam mengendalikan pilihan raya di Sabah yang melibatkan pengundi-pengundi yang diragui status kewarganegaraan mereka," katanya.

Pada 5 Mac lepas, Wan Ahmad memfailkan saman mendakwa Mohamad mengeluarkan kata-kata fitnah dalam artikel bertajuk 'Wan Ahmad Tak Boleh Dipercayai' dan 'Ragu Peranan SPR - Wan Ahmad Omar Mesti Letak Jawatan' dalam Harakah edisi Jumaat 1-3 Februari 2013 selepas ditemu ramah pada 29 Januari lepas.

Selain Mat Sabu, Wan Ahmad turut menamakan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, pencetak akhbar Harakah, Angkatan Edaran Enterprise Sdn Bhd, ketua pengarang akhbar itu Ahmad Lutfi Othman dan penulis artikel Aziz Muda sebagai defendan.

Penyataan tuntutan Wan Ahmad mendakwa defendan mengeluarkan perkataan fitnah bahawa beliau tidak boleh dipercayai kerana terbabit dengan pengeluaran kad pengenalan biru dalam 'Projek IC' di Sabah seperti didedahkan RCI. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan