Peguam Mengaku Tidak Bersalah Pecah Amanah Babit Wang RM2.34 Juta

Diterbitkan: Jumaat, 22 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang peguam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat atas tuduhan pecah amanah membabitkan wang anak guamannya berjumlah RM2.34 juta, tahun lepas.

Ong Keh Keong, 40, yang bertindak sebagai pemegang berkepentingan kepada kliennya, Syarikat Delta Park Sdn Bhd., didakwa menggunakan wang tersebut yang diterima daripada Syarikat Ming Kuasa Sdn Bhd untuk kepentingan diri.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pejabat Tetuan Ong & Rakan-Rakan, Plaza Mont Kiara di sini, pada 17 September tahun lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun, sebatan, dan boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Amira Sariaty Zainal menawarkan jaminan RM150,000 dengan seorang penjamin.

Peguam Devan Narayanan Raman, yang mewakili tertuduh, memohon jaminan dikurangkan kepada RM50,000 dengan seorang penjamin kerana aset tertuduh telah dibekukan.

Hakim Norsharidah Awang membenarkan tertuduh diikat jamin RM50,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan iaitu pasport diserahkan kepada mahkamah.

Mahkamah menetapkan 13 Disember ini untuk sebutan kes. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan