Pasangan Blogger Alvivi Gagal Ketepi Pertuduhan Sengaja Timbulkan Permusuhan

Diterbitkan: Jumaat, 22 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Gambar fail Alvin Tan (kanan) dan Vivian Lee
Gambar fail Alvin Tan (kanan) dan Vivian Lee

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi menolak permohonan pasangan bloger seks, 'Alvivi' untuk mengetepikan dakwaan mereka menyebabkan timbulnya permusuhan dikalangan masyarakat berlainan kepercayaan.

Hakim Kamardin Hashim berkata tiada merit dalam permohonan yang difailkan oleh Alvin Tan Jye Yee, 25, dan Vivian Lee May Ling, 24 untuk mengetepikan tuduhan di bawah Seksyen 298A(1) Kanun Keseksaan.

Pada 31 Okotber, peguam yang mewakili Tan dan Lee Chong Joo Tian berhujah 'bak kut teh' bermaksud 'daging tulang teh' atau 'meat bone tea' dan penggunaan perkataan atau istilah itu tidak mendatangkan sebarang penghinaan kepada agama Islam.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya, Wan Shaharuddin Wan Ladin dalam hujahan membantah pernyataan berkenaan.

Beliau berkata perbuatan pemohon yang menjemput umat Islam menikmati 'bak kut teh' ketika berbuka puasa dalam bulan Ramadan merupakan penghinaan dan menimbulkan perasaan benci, kemarahan dan perpecahan antara kaum Melayu dan Cina serta menggugat keharmonian masyarakat majmuk dan ketenteraman awam.

Beliau berhujah alasan pihak pemohon agar pertuduhan Seksyen 298A Kanun Keseksaan dibatalkan kerana mereka bukan Islam dan seksyen itu hanya terpakai secara eksklusif kepada orang beragama Islam, adalah tidak berasas.

Ini kerana ia telah diputuskan Parlimen ketika persidangan penggal pertama pada 10 Disember 1982 untuk menolak usul supaya seksyen itu dihadkan kepada orang beragama Islam sahaja.

Selain menghadapi tuduhan mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan, Tan dan Lee didakwa bersama-sama menerbitkan satu penerbitan menghasut di laman Facebook 'Alvin and Vivian-Alvivi' di pautan https://www.facebook.com/alvivi.swingers iaitu kandungan gambar dan komen yang sama, mengikut Akta Hasutan 1948.

Mereka juga didakwa mempamerkan gambar-gambar lucah di http://alviviswingers.tumblr.com/ antara 6 Julai dan 7 Julai lepas, antara 9 malam dan 2 pagi, mengikut Akta Penapisan Filem 2002

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan