NFC: Mohd Salleh Gagal Dua Pertuduhan Pecah Amanah Babit Wang RN49.7 Juta

Diterbitkan: Jumaat, 22 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengerusi Eksekutif National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp) Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail gagal dalam permohonannya untuk membatalkan dua pertuduhan pecah amanah membabitkan RM49.7 juta yang dihadapinya.

Hakim Mahkamah Sesyen Norsharidah Awang menolak permohonan Mohamad Salleh selepas mendapati pertuduhan yang dihadapi tertuduh tidak cacat dan mempunyai asas untuk didengar melalui proses perbicaraan.

Norsharidah berkata pemohonan itu juga bersifat mala fide dan mahkamah hanya boleh membatalkan pertuduhan apabila ia tidak berasas.

Beliau berkata mahkamah juga hanya boleh membatalkan pertuduhan berdasar tiga elemen iaitu sekiranya pertuduhan tidak menyatakan kesemua elemen kesalahan yang diperuntukkan undang-undang; pertuduhan tidak menyatakan kesalahan yang dilakukan; dan mahkamah itu tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar kes berkenaan.

"Permohonan ini adalah pramatang. Pihak pendakwaan berhak mengemukakan dokumen dalam perbicaraan. "Keterangan afidavit tidak boleh dijadikan asas. Jika ada isu yang dipertikaikan ia perlu didengar dalam perbicaraan penuh," kata Norsharidah.

Mahkamah menetapkan dua hari bermula 20 Jan tahun depan untuk perbicaraan kes itu. Pada 7 Januari lepas, Mohamad Salleh memfailkan permohonan untuk menggugurkan dua pertuduhan itu.

Pada 12 Mac tahun lepas, Mohamad Salleh, selaku pengarah syarikat NFCorp, didakwa melakukan pecah amanah RM9,758,140 untuk membiayai sebahagian pembelian dua unit kondominium di sini dan memindahkan RM40 juta ke dalam akaun syarikat National Meat & Livestock Corporation Sdn Bhd pada 2009. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan