Pengikut Tuhan Harun Serah Diri Di Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan

Diterbitkan: Khamis, 21 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SERAH DIRI … Salah seorang pengikut ajaran sesat Tuhan Harun, Mohd Nizam Mohd Salleh, 43, (tengah) hadir ke Mahkamah Syariah Kuantan selepas waran tangkap dikeluarkan ke atasnya minggu lalu di Kuantan, Khamis. Seramai tujuh orang pengikut ajaran sesat Tuhan Harun dikehendaki polis selepas Mahkamah Syariah Kuantan mengeluarkan waran tangkap minggu lalu kerana gagal hadir dalam perbicaraan.
 -fotoBERNAMA

KUANTAN: Seorang pengikut kumpulan ajaran sesat "Tuhan Harun" Mohd Nizam Mohd Salleh, 43, tampil menyerah diri di Mahkamah Tinggi Syariah di sini Khamis.

Pada 15 November lepas, mahkamah mengeluarkan waran tangkap ke atasnya kerana gagal hadir perbicaraan kes menyimpan dan memiliki dokumen yang bercanggah dengan hukum syarak.

Hakim Syarie Mohd Azahari Abdul Rahman menetapkan 16 Januari depan untuk sebutan semula kes tersebut di dalam kamarnya.

Bercakap kepada pemberita, Timbalan Pendakwa Syarie Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) Mohd Fahmi Abd Jalil berkata selepas meneliti dan mendengar alasan tertuduh, Hakim mengekalkan jaminan RM1,000 dengan seorang penjamin ke atasnya.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan