Polis Bantuan Didakwa Cuba Bunuh Adik Lelaki Bekas Kekasih - Berita Mahkamah | mStar

Polis Bantuan Didakwa Cuba Bunuh Adik Lelaki Bekas Kekasih

Diterbitkan: Rabu, 20 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Rumah mangsa di Taman Megah, Sungai Jelok, Kajang.
Rumah mangsa di Taman Megah, Sungai Jelok, Kajang.

KAJANG: Seorang anggota polis bantuan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu terhadap pertuduhan cubaan membunuh adik lelaki bekas kekasihnya, dua hari lepas.

Konstabel J.M. Samuel, 28, dari Balai Polis Bandar Baru Bangi, dekat sini didakwa dengan sengaja cuba membunuh dengan melepaskan tembakan terhadap Tholilaetholan, 25, sehingga menyebabkan kecederaan.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Taman Megah, Sungai Jelok di sini pada 8.52 pagi, Isnin lepas, mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Siti Balkiah Abd Yazaid tidak menawarkan ikat jamin atas alasan ia merupakan kesalahan serius selain bimbang tertuduh mengganggu mangsa.

Bagaimanapun, Samuel yang tidak diwakili peguam, memohon mahkamah membenarkan dia diikat jamin kerana perlu menanggung ibu bapanya yang sudah tua.

Hakim Nor Norhazani Hamzah membenarkan tertuduh diikat jamin RM16,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan iaitu pasport antarabangsanya diserahkan kepada mahkamah.

Dia juga diarah melaporkan diri ke balai polis berhampiran sekali sebulan dan mahkamah menetapkan 20 Dis ini untuk sebutan semula kes.

Pada Isnin lepas, Samuel didakwa melepaskan lima das tembakan hingga mencederakan bahu kiri adik lelaki kekasihnya setelah berang apabila cintanya tidak direstui keluarga teman wanitanya. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan