Lima Lelaki Didakwa Miliki 2 Kg Dadah

Diterbitkan: Rabu, 20 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Seorang anggota polis mengiringi lima lelaki ketika dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Kota Kinabalu pada Rabu selepas didakwa atas tuduhan memiliki 2.035 kilogram dadah jenis methamphetamine. Tiada pengakuan direkodkan daripada kesemua tertuduh ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Penolong Pendaftar Kanan Mahkamah Tinggi Dzul Almy Yunus dan beliau menentapkan 20 Januari bagi sebutan semula kes. -fotoBERNAMA

KOTA KINABALU: Lima lelaki didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu terhadap tuduhan memiliki 2.035kg dadah jenis methamphetamine.

Tertuduh ialah Vun Kon Fui, 34, seorang mekanik, Wah Kah Hee, 28, pengusaha kedai telefon bimbit, Chia Tet Vun, 41, penjual alat ganti kereta, Ooi Then Leong, 33, pengusaha kedai telefon bimbit dan Vun Su Khiong, 34, kontraktor.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah bengkel di Lot SD16, Lorong Mangga 1, BDS Industrial Estate, Jalan Kolombong, Inanam, pada 3 petang, 6 November lepas, mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada kesemua tertuduh ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Penolong Pendaftar Kanan Mahkamah Tinggi Dzul Elmy Yunus dan beliau menetapkan 20 Januari bagi sebutan semula kes.

Sementara itu, Vun juga menghadapi dua lagi tuduhan memiliki 1,875.70 gram methamphetamine dan 50.50 gram dadah yang sama pada tarikh, masa dan tempat yang sama.

Bagi kedua-dua pertuduhan itu, Vun didakwa mengikut Seksyen 39B ADB 1952.

Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa Insp Lim Swee Beng manakala Vun, Chia, Ooi dan Su Khiong diwakili peguam PJ Perera sementara Wah diwakili peguam Chin Teck Ming. -BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan