Rompak Kedai Emas: Pengawal Keselamatan Tukar Pengakuan Mengaku Tidak Bersalah

Diterbitkan: Selasa, 19 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengawal keselamatan warga Filipina yang didakwa di Mahkamah Sesyen di sini Jumaat lalu berhubung kes rompakan rantai emas bernilai RM150,000, di kedai emas Tomei Gold & Jewellery di Setapak menukar pengakuan kepada tidak bersalah Selasa.

Dalam prosiding itu, Rakib Asla, 27, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan merompak 93 utas rantai emas dengan mengacukan pistol jenis Revolver .38 special model Arminius kepada pengurus kedai emas itu, L. Robert, 52, di LotG-53 KL Festival City, Taman Danau Kota, Setapak, di sini, 31 Oktober lepas.

Tertuduh yang merupakan pengawal keselamatan kedai emas itu, didakwa mengikut Seksyen 4 Akta Senjatapi (Penalti Lebih Berat) 1971 yang boleh dihukum penjara seumur hidup dan dikenakan enam kali sebatan, jika sabit kesalahan.

Rakib yang berpakaian lokap menggelengkan kepalanya selepas jurubahasa bertanyakan sama ada tertuduh mengaku atau tidak terhadap pertuduhan tersebut.

Pada 15 November lalu, Rakib mengaku bersalah terhadap pertuduhan tersebut dan mahkamah menetapkan hari ini untuk jatuh hukum di hadapan Hakim Azman Mustapha.

Mahkamah kemudian menetapkan 4 Dis untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Norman Mohd Nasir manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Sementara itu, nasib rakannya Hussin Jalain, 29 yang mengaku bersalah di Mahkamah Majistret, Jumaat lalu terhadap pertuduhan menyimpan harta curi iaitu dua utas rantai emas bernilai RM3,000, akan diketahui esok.

Hussin yang juga tidak diwakili peguam turut mengaku bersalah terhadap pertuduhan tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah dan didakwa mengikut Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen 1959/63.

Dia yang bertugas di premis lain, didakwa melakukan kedua-dua kesalahan itu di restoran makanan segera KFC di Lapangan Terbang Tambang Murah (LCCT), Sepang, pada jam 8.30 pagi, 3 November lepas.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Shasheeta Mohamed Hanifah. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan