Pemandu Teksi & Isteri Didakwa Rompak Guna Senjata

Diterbitkan: Selasa, 19 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang pemandu teksi mengaku tidak bersalah di dua Mahkamah Sesyen di sini, pada Isnin terhadap 12 pertuduhan merompak berkumpulan menggunakan pisau membabitkan lebih 10 penumpangnya pada Ogos lepas.

Isterinya turut mengaku tidak bersalah terhadap empat pertuduhan melakukan rompakan bersama-sama suaminya itu ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azwarnida Affandi.

B. Sulinder Singh, 36, dan isterinya, Harvinderjit Kaur, 23, didakwa bersama-sama merompak Cherylene Ann Bruyns, 21, menggunakan pisau dan melarikan wang tunai RM70, sebuah telefon pintar, sekeping kad pengenalan, dua keping kad ATM dan seutas jam tangan.

Mereka juga didakwa menyamun Nor Hidayah Hashim, 25, iaitu sebuah telefon pintar, dua keping kad ATM, serta wang tunai Singapura dan Thailand yang kesemuanya berjumlah RM4,000.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di stesen menunggu teksi Taman Connaught, Cheras, pada 1.30 tengah hari, 30 Ogos dan di Taman Tasik Titiwangsa, 8.20 pagi, 28 September.

Pasangan suami isteri itu turut didakwa merompak Choi Hui Pin, 29, iaitu wang tunai RM270, telefon bimbit dan tiga keping kad ATM di tepi Jalan Sarjana, Taman Connought berdekatan Tadika Mayter Cheras, pada 1.10 tengah hari, 19 Oktober lepas.

Sejam kemudian, mereka didakwa merompak sebuah kamera digital, telefon bimbit dan kunci rumah di lorong Jalan Gempita 4, Taman Salak Selatan daripada Nor Hazalinda Ismail, 24.

Mereka didakwa melakukan kesemua kesalahan itu mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.

Sulinder Singh juga didakwa menyamun pelbagai barangan termasuk seutas beg tangan, telefon bimbit, dan wang tunai RM40 milik Chew Mei, 30, Fatin Nur Ainaa Nasir, 19, dan Tie Seew Har, 32.

Ketiga-tiga kesalahan itu didakwa dilakukannya di Jusco Taman Maluri, Cheras, di Taman Leng Seng, dan Jalan Tun Razak, pada 15 dan 16 Oktober lepas.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Nor Aizam Aiza Zamran dan pasangan itu diwakili peguam Rejinder Singh.

Azwarnida membenarkan Harvinderjit diikat jamin RM10,000 bagi setiap pertuduhan berserta syarat tambahan perlu melaporkan diri di balai polis berdekatan pada setiap minggu pertama.

Terdahulu, di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Azman Mustafa, Sulinder Singh yang kelihatan sugul turut berdepan lima pertuduhan merompak menggunakan sebilah pisau pada Oktober lepas.

Dia didakwa merompak penolong akauntan, Azlina Katiman, 26, iaitu telefon bimbit, wang tunai RM200 dan dua bentuk cincin emas di dalam teksi di Jalan Bangsar di sini pada 10.27 pagi, 15 Oktober lepas.

Selain itu, dia didakwa menyamun telefon bimbit, serangkai kunci, dan beberapa buah buku sekolah milik Nurul Huda Salihah Nordin, 17, dan menyamun telefon pintar iphone 4s daripada Lee Lai Ching, 30. Pemandu teksi itu turut didakwa menyamun telefon bimbit, wang tunai RM50, pelbagai buku sekolah milik Wan Nur Amira Mohd Nazira, 17, selain didakwa menyamun Guan Bee Go iaitu kad ATM, sebuah telefon bimbit dan wang tunai RM50.

Dia didakwa melakukan kesemua kesalahan itu di beberapa tempat termasuk Taman Tun Dr Ismail dan di hadapan perhentian bas bersebelahan Kompleks Kerajaan Jalan Duta antara 15 Okt hingga 21 Oktober lepas.

Pendakwaan oleh Timbalan Pendakwa Raya Norman Mohd Nasir tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh, yang diwakili peguam Rejinder Singh, atas alasan pertuduhan itu tidak boleh dijamin.

Azman tidak membenarkan sebarang jaminan dikenakan terhadap tertuduh.

Kesemua kes itu disebut semula pada 2 Disember ini. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan