Tahanan Reman Suspek Bunuh Pegawai Bank Dilanjutkan

Diterbitkan: Ahad, 17 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Suspek diiringi polis ketika memasuki kamar perbicaraan.
Suspek diiringi polis ketika memasuki kamar perbicaraan.

PETALING JAYA: Polis melanjutkan tahanan reman ke atas lelaki yang didakwa menembak mati pegawai Ambank, Norazita Abu Talib.

Laode Ardina Laude Rasila, 35, tiba di Mahkamah Majistret di sini kira-kira pukul 10.45 pagi Sabtu.

Tahanan reman ke atasnya akan dilanjutkan selama seminggu di mana dia akan kekal di lokap balai polis Petaling Jaya sehingga 23 November untuk disoal siasat mengenai kes bunuh dan rompak.

Suspek yang berasal dari Sulawesi itu dan memiliki MyKad palsu diiringi oleh polis memasuki kamar perbicaraan.

Rasila yang bekerja sebagai pengawai keselamatan didakwa menembak mati Norazita, 37, ketika beliau membuka peti besi di AmBank cawangan Subang Jaya.

Suspek dipercayai melarikan wang tunai berjumlah RM450,000 dengan sebuah motosikal.

Polis kemudiannya menemui RM20,000 daripada isterinya di rumah mereka.

Polis turut menahan dua rakannya yang juga bekerja sebagai pengawal keselamatan dengan MyKad palsu.

Isteri, dua rakannya dan empat yang lain turut ditahan.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan