Kes Bunuh: Pembantu Rumah Indonesia Diperintah Jalani Pemeriksaan Mental

Diterbitkan: Ahad, 17 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Mahkamah Tinggi di sini, memerintahkan seorang pembantu rumah warga Indonesia yang didakwa membunuh majikannya tiga tahun lepas, dihantar ke Hospital Permai, Johor, bagi pemeriksaan status mentalnya semasa kejadian itu berlaku.

Hakim Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim memerintahkan tertuduh Wilfrida Soik menjalani pemeriksaan itu selama sebulan mulai minggu ini, mengikut Seksyen 342 Kanun Acara Jenayah.

Wilfrida yang berasal dari Nusa Tenggara Timur, Indonesia, didakwa membunuh Yeap Seok Pen, 60, di sebuah rumah di Kampung Lubok Tapah, Pasir Mas antara 11 pagi dan 12.30 tengah hari 7 Disember 2010 mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Wilfrida memohon kepada mahkamah supaya tertuduh dihantar ke Hospital Permai untuk menjalani pemeriksaan status mentalnya ketika kejadian itu berlaku.

Muhammad Shafee juga turut mengemukakan kepada mahkamah laporan pemeriksaan pengesahan umur tertuduh yang telah dilakukan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian di sini.

Beliau berkata dalam laporan itu, umur tertuduh ketika kejadian antara 16 tahun dan 18 tahun. Bagaimanapun pihak peguambela akan memanggil pakar-pakar yang terlibat dari HUSM itu untuk memberi keterangan semasa perbicaraan nanti.

Ahmad Zaidi kemudiannya menetapkan tarikh sebutan semula kes itu pada 29 Dis. Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Julia Ibrahim.

Turut hadir pada prosiding hari ini ialah Duta Besar Indonesia ke Malaysia Herman Prayitno dan calon Presiden Indonesia Prabowo Subianto dari Partai Gerakan Indonesia Raya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan