Rompak Kedai Emas, Dua Pengawal Keselamatan Warga Filipina Didakwa

Diterbitkan: Sabtu, 16 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PENGAWAL keselamatan warga Filipina, Rakib Asla (dua, kiri) dan Hussin Jalain (dua, kanan) dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur selepas mereka mengaku bersalah di atas pertuduhan merompak sebuah kedai emas, bulan lepas. -Foto BERNAMA
PENGAWAL keselamatan warga Filipina, Rakib Asla (dua, kiri) dan Hussin Jalain (dua, kanan) dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur selepas mereka mengaku bersalah di atas pertuduhan merompak sebuah kedai emas, bulan lepas. -Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Dua pengawal keselamatan warga Filipina pada Jumaat didakwa di Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret di sini berhubung rompakan rantai emas bernilai RM150,000, di kedai emas Tomei Gold & Jewellery di sini, akhir bulan lepas.

Di Mahkamah Sesyen, Rakib Asla, 27, mengaku bersalah terhadap pertuduhan merompak 93 utas rantai emas dengan mengacukan pistol jenis Revolver .38 special model Arminius kepada pengurus kedai emas itu, L. Robert, 52, di LotG-53 KL Festival City, Taman Danau Kota, Setapak, di sini.

Tertuduh yang merupakan pengawal keselamatan kedai emas itu, didakwa mengikut Seksyen 4 Akta Senjatapi (Penalti Lebih Berat) 1971 yang boleh dihukum penjara seumur hidup dan dikenakan enam kali sebatan, jika sabit kesalahan.

Rakannya Hussin Jalain, 29, yang merupakan pengawal keselamatan di premis lain, mengaku bersalah di Mahkamah Majistret terhadap pertuduhan menyimpan harta curi itu iaitu dua utas rantai emas bernilai RM3,000.

Dia didakwa mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Hussin juga mengaku bersalah terhadap pertuduhan tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah dan didakwa mengikut Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen 1959/63 yang membawa hukuman denda sehingga RM10,000 atau penjara hingga lima tahun atau kedua-duanya dan boleh dikenakan enam kali sebatan, jika sabit kesalahan. Dia didakwa melakukan kedua-dua kesalahan itu di restoran makanan segera KFC di Lapangan Terbang Tambang Murah (LCCT), Sepang, pada jam 8.30 pagi, 3 November lepas.

Pertuduhan terhadap Hussin dibacakan di hadapan Majistret Erry Shahriman Nor Aripin dan pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Shasheeta Mohamed Hanifah. Pertuduhan dibacakan dalam Bahasa Melayu dan selepas jurubahasa mahkamah bertanya sama ada mereka mengaku bersalah atau tidak, kedua-dua tertuduh mengangguk.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Norman Mohd Nasir memohon kepada Mahkamah Sesyen supaya tarikh jatuh hukum bagi kedua-dua kes itu berjalan pada hari sama.

Hakim Azman Mustafa menetapkan 19 November ini untuk menjatuhkan hukuman terhadap kedua-dua lelaki itu yang tidak diwakili peguam.

Kedua-dua tertuduh yang didakwa di mahkamah kira-kira pukul 4 petang tadi dibawa ke Penjara Sungai Buloh. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan