Pasangan Berbulan Madu Dari Sabah Yang Ditahan Di Taiwan Dengan 6Kg Dadah Bakal Didakwa

Diterbitkan: Rabu, 13 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: "Pasangan" Malaysia yang ditahan dengan 6kg heroin di Taiwan, mungkin akan didakwa akhir bulan ini.

Lelaki 35 tahun dari Tawau dan seorang wanita berusia 28 tahun dari Penampang dijangka menghadapi pertuduhan mengedar dadah yang membawa hukuman mati di Taiwan.

Presiden Malaysian Friendship and Trade Centre (MFTC) Taipei Datuk Yong Teck Shing berkata kedua-duanya telah mengupah peguam mereka sendiri untuk mewakili mereka.

Ditanya sama ada JTSM akan dimaklumkan jika kedua-duanya didakwa, Yong berkata ia tidak perlu walaupun pada masa-masa tertentu pusat itu akan diberitahu jika mahkamah memerlukan jurubahasa.

Beliau berkata pejabat beliau akan memantau perkembangan kes itu.

Kedua-dua mereka ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaohsiung sejurus selepas mereka tiba dengan penerbangan Dragon Air dari Kuala Lumpur pada 15 Oktober.

Dadah yang telah dikesan oleh imbasan X-ray disembunyikan di dalam bahagian rahsia di dalam beg mereka.

Mereka memberitahu polis Taiwan bahawa mereka telah berkahwin kira-kira sebulan yang lalu dan datang ke Taiwan untuk berbulan madu.

Wanita itu mendakwa dia "benar-benar tidak sedar" mengenai dadah tersebut manakala lelaki itu memberitahu polis bahawa bakal majikannya telah berjanji untuk mengambil dia berkerja jika dia membantu menghantar beg kepada seseorang di Taiwan.

Beliau mendakwa tidak tahu mengenai dadah di dalam beg itu yang sepatutnya diambil oleh rakan bakal majikan di hotel.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan