Mahkamah Syariah Kelantan Mampu Uruskan Hudud Jika Dilaksanakan - Ketua Hakim Syarie

Diterbitkan: Rabu, 13 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Mahkamah Syariah Kelantan kini sudah mampu untuk menguruskan pelaksanaan undang-undang hudud jika kerajaan Kelantan pimpinan PAS mampu menguatkuasakan undang-undang berkenaan di negeri ini.

Ketua Hakim Syarie Kelantan Datuk Daud Muhammad berkata ini kerana segala prasarana berkaitan pelaksanaan hukum Islam itu sudah lengkap termasuk mempunyai hakim untuk melaksanakannya.

"InsyaAllah Kelantan sudah boleh laksanakan hudud. Undang-undang sudah ada dan kalau perlu tambah hakim, kita tambah," katanya selepas Majlis Perasmian Kompleks Mahkamah Syariah Negeri Kelantan di Bandar Baharu Tunjung di sini, Rabu.

Perasmian kompleks berharga RM25.8 juta itu disempurnakan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V yang turut dihadiri Tengku Mahkota Kelantan Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob dan Panel Hakim Mahkamah Rayuan Syariah Kelantan Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim.

Pada 1993, Dewan Undangan Negeri Kelantan meluluskan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 untuk membolehkan kerajaan Kelantan melaksanakan hukum Islam itu.

Bagaimanapun sehingga kini pelaksanaannya tidak dapat dilaksanakan termasuk disebabkan ia mendapat tentangan daripada rakan sekutu mereka iaitu DAP.

Sementara itu, Daud berkata tidak ada kes tertunggak melibatkan pelbagai kes umat Islam di Mahkamah Syariah di negeri ini dan itu dianggap satu kejayaan.

"Kami berjaya menyelesaikannya sekurang-kurangnya dalam tempoh setahun daripada kes itu berjalan. Ini kerana kami mempunyai kelengkapan termasuk hakim yang mencukupi," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan