Mahkamah Benarkan Lanjutan Tempoh Perlindungan Wanita Diperdagangkan

Diterbitkan: Rabu, 13 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Anggota polis mengiringi wanita-wanita warga asing ke mahkamah bagi mendapatkan perlindungan polis di bawah Akta Anti Pemerdagangan Manusia di Mahkamah Majistret di Klang, Rabu. -fotoBERNAMA
Anggota polis mengiringi wanita-wanita warga asing ke mahkamah bagi mendapatkan perlindungan polis di bawah Akta Anti Pemerdagangan Manusia di Mahkamah Majistret di Klang, Rabu. -fotoBERNAMA

KLANG: Mahkamah Majistret Klang pada Rabu membenarkan permohonan polis untuk melanjutkan tempoh perlindungan 31 wanita warga asing yang diperdagangkan dalam aktiviti maksiat, selama tiga bulan lagi.

Majistret Mohd Fadhly Yaacob membenarkan permohonan Pegawai Penyiasat Kanan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara ASP Chua Chong Kheow dan Pegawai Penyiasat IPD Klang Selatan Inspektor Hasdedi Najib.

Permohonan itu dibuat mengikut Seksyen 54 (3) Akta Antipemerdagangan Orang 2007 untuk mendapatkan perintah mahkamah supaya orang diperdagangkan boleh ditempatkan di tempat perlindungan bagi tempoh lanjutan dengan kebenaran Mahkamah.

Sebelum ini, seramai 29 daripada wanita itu berasal dari Indonesia, seorang warganegara China dan seorang warganegara Vietnam itu ditempatkan di Pusat Perlindungan Wanita di Kuala Lumpur selama 14 hari.

Polis memohon tempoh perlindungan lanjutan wanita-wanita itu bagi melengkapkan siasatan. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan