Shahrizat, Rafizi Setuju Tarik Balik Saman Isu NFC - Berita Mahkamah | mStar

Shahrizat, Rafizi Setuju Tarik Balik Saman Isu NFC

Diterbitkan: Isnin, 11 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd Rafizi Ramli pada Isnin secara bersama bersetuju menarik balik tindakan mahkamah ke atas satu sama lain.

Selain itu peguam Shahrizat, Tan Sri Dr Muhammad Shafee Abdullah berkata, bekas Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat itu turut menarik balik saman terhadap Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin.

"Bagaimanapun saman dan tuntutan yang difailkan Perbadanan Fidlot Nasional (NFCorp) terhadap Mohd Rafizi akan tetap diteruskan mengikut jadual," katanya menerusi kenyataan yang dihantar melalui Firma undang-undang Shafee & Co pada Isnin.

Pada 19 Januari 2012, Shahrizat memfailkan saman fitnah terhadap Mohd Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan dan Zuraida berhubung isu NFC.

Shahrizat mendakwa, Mohd Rafizi dan Zuraida melancarkan satu kempen strategik untuk mencemarkan nama baiknya dengan mengaitkan dirinya dengan NFC, sedangkan beliau tidak memegang jawatan atau memiliki ekuiti dalam projek tersebut mahupun Agro-Science Industries Sdn. Bhd. (Agro-Science).

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan