Penarik Kereta, Juru Andam Bebas Tuduhan Edar 53kg Ganja

Diterbitkan: Isnin, 11 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TAIPING: Seorang penarik kereta dan seorang juru andam dibebaskan dan dilepaskan tanpa dipanggil membela diri oleh Mahkamah Tinggi pada Isnin daripada tuduhan mengedar 53kg ganja, tahun lepas.

Hakim Datuk Ahmad Nasfy Yasin membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap kedua-dua lelaki itu.

Mohd Kamal Johari, 42, dan Fairul Rizal Abdul Wahab, 35, kedua-duanya dari Kuala Lumpur didakwa mengedar 53,337 gram ganja di Km47.8 Jalan Kuala Kangsar-Gerik, dekat sini pada 8.35 pagi, 30 Jan 2012.

Kedua-dua mereka yang diwakili peguam Charan Singh didakwa mengikut Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan didapati bersalah.

Dalam penghakimannya, Ahmad Nafsy berkata pihak pendakwaan gagal membuktikan elemen jagaan, kawalan dan pengetahuan berhubung pemilikan dadah berkenaan oleh kedua-dua tertuduh.

Katanya mahkamah juga mendapati berlakunya percanggahan dalam keterangan saksi-saksi penting pihak pendakwaan.

"Laporan kimia juga tidak boleh diterima kerana ahli kimia tersebut tidak dipanggil untuk memberi keterangan," katanya.

Pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Muna Mohamed Jaafar.-BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan