Pemandu Teksi Warga Singapura Didakwa Bunuh Warga Asing, Tikam Isteri

Diterbitkan: Khamis, 7 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Quah (kiri) bersama peguamnya, Lim.
Quah (kiri) bersama peguamnya, Lim.

TEMERLOH: Seorang warga Singapura, pada Rabu didakwa di mahkamah kerana menikam isterinya dan membunuh seorang warga China.

Menurut kertas pertuduhan, Quah Tee Keon, 46, didakwa membunuh seorang lelaki bernama Ruan Chao Qiang di sebuah rumah di Taman Mawar Indah di Triang, Bera kira-kira pukul 3.30 pagi pada 13 Oktober.

Kesalahan itu membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.

Peguamnya, Lim Lip Eng meminta ikat jamin diberikan disebabkan penyakit kencing manis dan asma anak guamnya.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Ellyna Othman, tidak menawarkan ikat jamin dan meminta Majistret Najwa Hashim untuk menafikan permintaan itu, setelah melihat Quah adalah cukup sihat untuk dibawa ke mahkamah.

Najwa menolak permohonan ikat jamin dan menetapkan 17 Disember depan untuk sebutan semula kes.

Quah, yang merupakan seorang pemandu teksi, sebelum ini didakwa di Mahkamah Sesyen kerana didakawa mencederakan isterinya Loong Mei Ling, 33, dengan menikamnya dan mengetahui ia akan menyebabkan kematian.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di tempat dan pada masa yang sama.

Quah boleh dipenjara sehingga 20 tahun jika disabitkan dengan kesalahan ini.

Hakim Habibah Mohamed Yusof menetapkan 17 Disember untuk sebutan.

Dalam prosiding itu, Lim memberitahu mahkamah bahawa anak guamnya mengadu tidak diberi rawatan perubatan untuk kencing manis dan asmanya.

Ellyna kemudian berkata bahawa pihak berkuasa akan memastikan Quah diberikan rawatan perubatan yang betul.

Pertuduhan dibacakan dalam bahasa Inggeris kerana Quah tidak faham bahasa Melayu.

Dilaporkan bahawa tertuduh membunuh warga Cina terbabit kerana mendakwa dia bermalam dengan isterinya di rumahnya.

Selepas itu, Quah mencederakan isterinya sebelum melarikan diri.

Wanita itu mengalami pelbagai kecederaan pada leher, tangan dan bahagian belakang dalam kejadian itu.

Tertuduh dilaporkan telah menyerah diri kepada polis di Kuala Lumpur pada 28 Oktober.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan