Ong Tee Keat Tarik Balik Saman Fitnah RM500 Juta Terhadap Tiong King Sing - Berita Mahkamah | mStar

Ong Tee Keat Tarik Balik Saman Fitnah RM500 Juta Terhadap Tiong King Sing

Diterbitkan: Rabu, 6 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ong Tee Keat pada Rabu menarik balik saman fitnah RM500 juta terhadap anggota Parlimen Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing berhubung kenyataan berkaitan projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi S.M. Komathy Suppiah membenarkan permohonan Ong untuk menarik balik saman itu di dalam kamar di hadapan peguam Chan Tse Yuen dan Tan Foong Luen mewakili Ong dan Datuk K. Kumaraendran dan Prem Ramachandran mewakili Tiong.

Kumaraendran memberitahu pemberita, mahkamah tidak mengeluarkan sebarang perintah mengenai kos.

Pada Ogos 2009, Ong memfailkan saman terhadap Tiong mendakwa beliau telah mengeluarkan pernyataan fitnah berhubung perkara itu yang disiarkan di dalam laman web Malaysiakini pada 12 Ogos 2009.

Bekas presiden MCA itu mendakwa kenyataan itu berniat jahat untuk menghalang siasatan yang adil dan betul dijalankan berhubung penyalahgunaan dana dalam projek PKFZ dan peranan Kuala Dimensi Sdn Bhd dalam urusan itu.

Kuala Dimensi merupakan kontraktor siap guna bagi projek PKFZ.

Ong mendakwa kenyataan itu telah menjejaskan reputasi, imej, integriti dan nama baik beliau di mata masyarakat. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan