Bekas Banduan Bunuh Isteri Didakwa

Diterbitkan: Rabu, 6 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Bekas banduan, M. Pugumeswaran, 35, (kiri) dihadapkan ke Mahkamah Majistret Selayang, atas tuduhan membunuh isterinya K. Murugammal, 36, bulan lepas. Dia yang baru dibebaskan dari penjara 12 Oktober lalu, menikam isteri selepas menuduh isterinya mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain di Ladang Bukit Darah Kundang, Sungai Buloh, 27 Oktober lepas. -fotoBERNAMA
Bekas banduan, M. Pugumeswaran, 35, (kiri) dihadapkan ke Mahkamah Majistret Selayang, atas tuduhan membunuh isterinya K. Murugammal, 36, bulan lepas. Dia yang baru dibebaskan dari penjara 12 Oktober lalu, menikam isteri selepas menuduh isterinya mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain di Ladang Bukit Darah Kundang, Sungai Buloh, 27 Oktober lepas. -fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Bekas banduan yang baru dibebaskan dari penjara bulan lepas, pada Rabu dihadapkan di Mahkamah Majistret Selayang di sini atas tuduhan membunuh isterinya.

M. Pugumeswaran, 35, didakwa membunuh K. Murugammal, 36, di rumah mereka di Ladang Bukit Darah, Sungai Buloh di sini pada 9.20 malam 27 Oktober lepas.

Kelindan lori itu hanya mengangguk tanda faham selepas pertuduhan dibacakan kepadanya di hadapan Majistret Nurul Izzah Hassan Basri.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, yang didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 9 Disember untuk sebutan semula kes bagi menunggu laporan bedah siasat.

Pada 27 Oktober lepas, wanita itu ditemui mati dengan kesan tikaman di beberapa bahagian badan di hadapan rumah jirannya yang terletak selang tiga rumah dari rumahnya.

Pugumeswaran dibebaskan pada 12 Oktober lepas selepas dipenjara lima bulan 10 hari kerana menyebabkan kecederaan terhadap isterinya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan