Rompak, Rogol Isteri Orang: Rambo Bentong Tukar Pengakuan

Diterbitkan: Jumaat, 1 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

RAUB: Rambo Bentong yang sedang menjalani hukuman penjara berjumlah 133 tahun selain 50 sebatan atas kesalahan rogol, seks luar tabii serta cubaan membunuh anggota polis, pada Khamis menukar pengakuan kepada tidak bersalah bagi satu pertuduhan merompak dan dua pertuduhan merogol isteri orang di Mahkamah Sesyen di sini.

Rabidin Satir, 42, sebelum ini mengaku bersalah ketika pertuduhan terhadapnya dibacakan di depan Hakim Shahrizat Ismail pada 7 Oktober lepas.

Pada Khamis, mahkamah sepatutnya mendengar fakta kes serta rayuan tertuduh sebelum menjatuhkan hukuman.

Shahrizat menetapkan 28 November ini untuk sebutan semula kes.

Bagi pertuduhan pertama, Rabidin, dari Kampung Libang Ulu, Tambunan, Sabah didakwa melakukan rompakan sehingga menyebabkan seorang wanita berusia 28 tahun cedera di perumahan Perhutanan Bentong antara 3.50 pagi hingga 4.30 pagi pada 3 November 2012 mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa merogol wanita berkenaan di depan suaminya di tempat dan pada waktu sama manakala pertuduhan ketiga menyebut Rabidin merogol mangsa sekali lagi sehingga meletakkan wanita itu dalam ketakutan serta boleh menyebabkan kematian.

Bagi kedua-dua kesalahan ini, Rabidin didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 30 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendali Timbalan Pendakwa Raya Atiqah Liyana Syahril.

Sebelum ini, Mahkamah Sesyen Raub menjatuhkan hukuman penjara 133 tahun dan 50 sebatan ke atas Rabidin yang mengaku melakukan empat kesalahan merogol, satu kes liwat dan cubaan membunuh seorang anggota polis antara 2009 dan 2011.

Dia juga ketika ini sedang dibicara Mahkamah Tinggi Temerloh atas pertuduhan membunuh seorang remaja, Annie Kok Yin Cheng, 17, di Lot 4168 Kampung Ketari, Bentong pada 7 Mac 2009. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan