Penyelenggara Bangunan Didakwa Bunuh Remaja Perempuan 15 Tahun

Diterbitkan: Jumaat, 1 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Seorang penyelenggara bangunan pada Khamis menghadapi pertuduhan membunuh remaja perempuan berusia 15 tahun yang juga kenalan Internetnya, minggu lepas.‬

Poon Wai Hong, 23, didakwa membunuh Ng Yuk Tim di rumah bernombor 665, Jalan PJU 1/4F, Kampung Cempaka, Kelana Jaya di sini antara pukul 3 petang dan 4 petang, 21 Oktober lepas.

Dia didakwa di Mahkamah Majistret di sini mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Poon hanya mengangguk tanda faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret K.B. Elena Hong Tze Lan.‬

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan dan mahkamah menetapkan 6 Disember untuk sebutan kes.‬

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Saphirra Selamat manakala tertuduh diwakili peguam Datuk S. Suraj.‬

Turut hadir peguam pemerhati bagi keluarga mangsa, Datuk R.S. Sodhi dan ibu mangsa, Sam Yi Ling, 35.

Media sebelum ini melaporkan mayat remaja itu ditemui di dalam beg pakaian di Jalan Kebun Nenas, Klang, pada 22 Oktober. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan