Pengawal Keselamatan Dipenjara Guna Kad Pengenalan Palsu - Berita Mahkamah | mStar

Pengawal Keselamatan Dipenjara Guna Kad Pengenalan Palsu

Diterbitkan: Jumaat, 1 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Dua pengawal keselamatan dari Filipina masing-masing dipenjara sebulan oleh Mahkamah Majistret di sini kerana menggunakan kad pengenalan palsu.

Yusri Sambiron, 41, dan Totoh Sabatal, 40, masing-masing dipenjarakan sebulan selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu dihadapan Majistret KB Elena Hong Tze Lan dan Ahmad Solihin Abd Wahid pada Jumaat.

Kedua-dua Majistret itu memerintahkan hukuman terhadap Yusri dan Totoh dilaksanakan bermula dari tarikh mereka ditahan iaitu pada Jumaat.

Majistret Hong dan Ahmad Solihin turut mengarahkan Yusri dan Totoh untuk dihantar pulang selepas mereka tamat menjalani hukuman penjara.

Yusri didakwa menggunakan kad pengenalan palsu sebagai Norazman Abdillah manakala Totoh didakwa menggunakan nama Abdulzan Ludjuman.

Mereka mengaku melakukan kesalahan itu di bilik pengawal di Bayan Villa 2 di Seri Kembangan kira-kira pukul 1.15 pagi pada 1 November.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan