Dua Pembantu Penguasa Kastam Dipenjara Sehari, Denda RM27, 000

Diterbitkan: Jumaat, 1 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Dua pembantu penguasa Kastam dipenjara sehari dan didenda masing-masing RM27,000 oleh Mahkamah Khas Rasuah di sini terhadap tiga pertuduhan menerima rasuah.

Hussin Hamidat, 42, dan Chin Khien Pheng, 25, mengaku bersalah selepas ketiga-tiga pertuduhan terhadap mereka dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Caroline Bee Majanil.

Mahkamah turut memerintahkan Hussin dan Chin dipenjara setahun, sekiranya mereka gagal membayar denda itu.

Hussin dari Pejabat Penguatkuasaan Mempakul didakwa dengan tiga pertuduhan menerima suapan yang kesemuanya bernilai RM6,500 daripada seorang yang dikenali sebagai 'Ibrahim' iaitu Redzuan Mohamad melalui akaun CIMB Bank miliknya.

Suapan itu sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan penguatkuasaan ke atas 'Ibrahim' yang menjalankan aktiviti menyimpan, menyembunyikan atau mempunyai dalam milikannya rokok seludup yang menjadi kesalahan mengikut seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di CIMB Bank Berhad di Lorong Api-api, Api-api Center di sini pada 3.39 petang, 23 Mei; 10.44 pagi 25 Jun dan 9.39 pagi, 1 Oktober lepas.

Sementara itu, Chin dari Pejabat Penguatkuasaan Sindumin pula didakwa dengan tiga pertuduhan menerima rasuah yang kesemuanya bernilai RM6,000 melalui tiga transaksi daripada 'Ibrahim'.

Suapan itu juga sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan penguatkuasaan ke atas 'Ibrahim' yang menjalankan aktiviti menyimpan, menyembunyikan atau mempunyai dalam milikannya rokok seludup yang menjadi kesalahan mengikut seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.

Dia didakwa melakukan ketiga-tiga kesalahan itu di Maybank Cawangan Lintas Square antara 12.15 tengah hari hingga 3.30 petang, antara 25 Jun hingga 9 Sept lepas.

Kesemua kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 137 (1)(b) Akta Kastam 1967 yang membawa hukuman penjara tidak lebih lima tahun atau denda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-duanya dan hendaklah ditahan daripada memegang apa-apa jawatan dalam perkhidmatan awam kerajaan persekutuan atau kerajaan negeri.

Bagi pertuduhan pertama kedua-dua tertuduh dijatuhi hukuman denda RM8,000 atau penjara tiga bulan; pertuduhan kedua RM9,000 atau penjara empat bulan manakala pertuduhan ketiga dikenakan hukuman penjara sehari dan RM10,000 atau penjara lima bulan.

Caroline turut memerintahkan tertuduh ditahan daripada memegang apa-apa jawatan dalam perkhidmatan awam kerajaan persekutuan atau kerajaan negeri.

Terdahulu, kedua-dua tertuduh memilih dikenakan hukuman denda memandangkan ini merupakan kesalahan pertama dan mereka masih menanggung keluarga yang ramai.

Hussin merayu hukuman setimpal memandangkan dia mempunyai empat anak termasuk tiga masih bersekolah dan isteri yang tidak bekerja selain baru kematian bapa manakala ibunya pula uzur.

Chin yang masih bujang turut menangisi dan menyesali perbuatan itu serta berjanji tidak akan mengulangi lagi.

Dia merayu hukuman denda dikenakan kerana menanggung ibu bapa yang tidak bekerja serta adik yang baru memasuki universiti selain merancang untuk mendirikan rumah tangga pada tahun depan.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Awang Samsul Baharom. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan