Bekas Pegawai Polis Saman Peguam Negara, Polis RM128.5 Juta

Diterbitkan: Jumaat, 1 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Ramli Yusuff pada Jumaat memfailkan saman berjumlah RM128.5 juta terhadap Peguam Negara, bekas Ketua Polis Negara, Kerajaan Malaysia dan sembilan yang lain atas dakwaan mendakwanya secara salah.

Ramli, 61, memfailkan saman itu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil, di sini melalui Tetuan Vin Partnership.

Dalam pernyataan tuntutannya beliau menamakan Tan Sri Abdul Gani Patail, Tan Sri Musa Hassan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Kerajaan Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Timbalan Pendakwa Raya dan pegawai-pegawai polis sebagai defendan.

Ramli mendakwa defendan dengan niat jahat dan tanpa sebab munasabah menyiasat dan menuduhnya di mahkamah terhadap empat pertuduhan mengikut SPRM dan satu pertuduhan mengikut Kanun Keseksaan.

Beliau mendakwa antara Julai 2009 dan Ogos 2010, beliau telah dibebaskan daripada kesemua pertuduhan itu.

Bekas pegawai polis itu berkata akibat pendakwaan terhadapnya itu, beliau telah mengalami kecederaan dari segi reputasi, kerjayanya dan mengalami kesusahan, kesulitan dan kerugian.

Beliau menuntut ganti rugi khas, am, teruk, teladan dan faedah kos yang kesemuanya berjumlah RM128.5 juta. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan