MalaysiaKini: Mahkamah Tolak Rayuan KDN

Diterbitkan: Khamis, 31 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan mengekalkan perintah Mahkamah Tinggi yang membatalkan keputusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak mempertimbang permohonan Mkini Dotcom Sdn Bhd, yang merupakan pemilik portal berita 'Malaysiakini', untuk menerbitkan akhbar.

Panel tiga anggota diketuai Hakim Datuk Alizatul Khair Othman membuat keputusan itu sebulat suara selepas mendengar hujah berhubung rayuan KDN dan kerajaan terhadap perintah Mahkamah Tinggi yang membenarkan semakan kehakiman oleh Mkini Dotcom. Turut menganggotai panel itu ialah Datuk Anantham Kasinather dan Datuk Varughese George.

Peguam K.Shanmuga, yang mewakili Malaysiakini, memaklumkan pemberita keputusan Mahkamah Rayuan hari ini membolehkan Mkini Dotcom memohon lagi permit penerbitan kepada KDN.

Terdahulu, Peguam Kanan Persekutuan Norhisham Ismail yang mewakili KDN, berkata Hakim Mahkamah Tinggi mungkin tidak mempertimbang alasan menteri yang terkandung dalam afidavit termasuk berhubung keperluan mengawal penerbitan akhbar yang sudah banyak terdapat di pasaran.

Beliau berkata menteri berkenaan juga memberi alasan mengapa KDN tidak boleh mengeluarkan permit serta mendakwa Malaysiakini.com berkecenderungan mengetengahkan berita sensitif dan kontroversiti melalui laman sesawangnya.

Sementara itu, Shanmuga berhujah Menteri Dalam Negeri tidak boleh menyekat hak Malaysiakini untuk menerbitkan akhbar semata-mata atas alasan ingin mengehadkan persaingan antara akhbar.

Beliau berkata menteri berkenaan juga tidak mengemukakan sebarang alasan menolak permohonan Mkini Dotcom untuk mendapatkan permit penerbitan.

"Menteri berkenaan, melalui alasan yang dinyatakan dalam afidavit, menyebut KDN ingin memastikan tidak terdapat terlalu banyak akhbar di pasaran untuk tatapan umum.

"Mereka berkata sudah ada 75 akhbar dan mereka tidak mahu menyesakkan lagi pasaran kerana ini akan menjejas keuntungan akhbar terbabit, selain mengelirukan orang ramai kerana terdapat banyak versi bagi sesuatu berita," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan