Koroner Lawat Lokasi Runtuhan Penebat Kilat

Diterbitkan: Isnin, 28 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Koroner Khairul Anuar Abdul Halim, yang mendengar inkues bagi mengesahkan kematian penjual nasi Lim Chai Aik dipercayai akibat tertimbus dalam kawasan runtuhan penebat kilat, pada Isnin melawat bangunan Menara Umno di Jalan Macalister dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut di sini.

Beliau diiringi Timbalan Pendakwa Raya Lim Cheah Yit, Pegawai Penyiasat ASP Ibrahim Husin, peguam pemerhati bagi pihak keluarga mangsa Naveen Singh dan peguam Norliza Ali yang mewakili pemilik bangunan Menara Umno iaitu JKP Sdn Bhd, dalam lawatan selama sejam itu.

Khairul Anuar meluangkan masa kira-kira 20 minit di bahagian atas bangunan Menara Umno dan mendengar taklimat Ketua Pegawai Eksekutif JKP Sdn Bhd Datuk Adzmi Ariffin sebelum ke lokasi runtuhan penebat kilat.

Beliau turut memeriksa bangkai kereta yang terlibat dalam kejadian itu di pekarangan IPD Timur Laut sebelum menetapkan 21 November depan untuk hujahan.

Inkues yang berlangsung sembilan hari itu merekod keterangan 24 saksi bagi mengesahkan kematian Lim dan membolehkan Jabatan Pendaftaran Negara mengeluarkan sijil kematian untuk memudahkan urusan tuntutan insurans oleh keluarga mangsa.

Insiden pada 6.30 petang 13 Jun lepas itu turut meragut nyawa seorang pekerja asing Jahir Sulaiman, 46, selepas lori yang dinaiki bersama rakan sekerja mangsa dihempap runtuhan penebat kilat Menara Umno. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan