Tiga Pelajar Mengaku Buli Rakan Sekolah

Diterbitkan: Jumaat, 25 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BUKIT MERTAJAM: Tiga pelajar sebuah sekolah menengah di Seberang Jaya dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, Jumaat atas pertuduhan membuli seorang rakan mereka pada awal bulan Mac lepas.

Kesemua pelajar berusia 15 tahun dan baru selesai menduduki Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) itu mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di depan Majistret Norzafirah Mohamed Ali.

Nurzafirah membenarkan setiap pelajar diikat jamin sebanyak RM1,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 28 November depan untuk mendengar fakta kes sebelum menjatuhkan hukuman.

Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah sekolah pada 2.25 petang 4 Mac lepas mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman maksimum penjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendali Timbalan Pendakwa Raya Kamaliza Md Zain manakala kesemua pelajar tidak diwakili peguam.

Sebelum ini, orang ramai dikejutkan dengan klip video berdurasi seminit 32 saat yang tersebar di laman sosial YouTube, memaparkan seorang remaja berpakaian seragam sekolah dibelasah sekumpulan remaja lain dipercayai rakan sekolahnya di sebuah bilik. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan