Timbalan CEO Johor Port Didakwa Terima Rasuah

Diterbitkan: Khamis, 24 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHRU: Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Johor Port dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis atas dua tuduhan meminta rasuah berjumlah RM295,000 pada 2009 dan 2010.

Mohamad Hanafiah Abu Mansor, 47, mengaku tidak bersalah atas tuduhan meminta wang suapan sebanyak 10% RM2.7 juta bagi pembinaan dan penyiapan projek di Kampung Sungai Pendas bagi projek Medini Development Iskandar Malaysia di luar sebuah restoran di Teluk Danga pada pertengahan bulan Jun 2009.

Tertuduh turut didakwa menerima RM25,000 daripada Mohd Zulkifli Arif kerana membantu Syarikat Segi Mulia Sdn Bhd mendapatkan projek dibelakang pejabat Iskandar Invesment Development pada pukul 3 dan 4 petang pada awal bulan Januari 2010.

Mohamad Hanafiah didakwa mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum menurut Seksyen 24 akta sama yang memperuntukkan hukum penjara tidak melebihi 20 tahun atau denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Terdahulu Pegawai Pendakwa SPRM Abdul Ghafar Abdul Latiff meminta mahkamah mengenakan ikat jamin sebanyak RM200,000 dengan seorang penjamin terhadap tertuduh.

Bagaimanapun, peguam Zamri Idrus yang mewakili Mohamad Hanafiah merayu jumlah itu dikurangkan kerana ini kali pertama tertuduh didakwa di mahkamah selain telah memberikan kerjasama sepenuhnya kepada SPRM sepanjang tempoh siasatan dijalankan.

Hakim Mohamad Haidar Abdul Aziz membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM100,000 dengan dua penjamin dan menetapkan 28 November ini untuk sebutan semula kes.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan