Rasuah: Koperal Polis Dihadapkan Ke Mahkamah

Diterbitkan: Khamis, 24 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Seorang koperal polis pada Khamis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Alor Setar atas dua pertuduhan menerima rasuah tahun lepas.

Koperal Sazali Hashim, 54, yang bertugas di Balai Polis Kuah, Langkawi, didakwa meminta rasuah RM150 untuk dirinya daripada Mohd Asri Bulat dalam satu sekatan jalan raya di Batu Asah, Langkawi, pada 18 Oktober 2012 kira-kira 1 tengah hari.

Suapan itu sebagai dorongan supaya tidak mengambil tindakan terhadap Mohd Asri bagi kesalahan memiliki air ketum dan untuk memulangkan kad pengenalannya.

Bagi pertuduhan kedua pula, Sazali didakwa menerima suapan wang tunai RM150 daripada Mohd Asri di Restoran Selihah Seafood, Langkawi pada 18 Oktober 2012 kira-kira 6.45 petang supaya memulangkan kad pengenalannya.

Dalam pertuduhan pertama Sazali didakwa mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 (Akta 694) manakala pertuduhan kedua pula menurut Seksyen 17(a) akta sama.

Sabit kesalahan dia boleh dihukum mengikut Seksyen 24(1) Akta 694 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana lebih tinggi.

Sazali yang masih bertugas di bahagian am Balai Polis Kuah merayu mahkamah mengurangkan ikat jamin atas alasan gaji bersihnya cuma RM1,900 dan menanggung seorang isteri, tiga anak dan ibunya yang sakit.

Sebelum itu Pegawai Pendakwa SPRM Shahrul Khuzaini Amiruddin memohon mahkamah mengenakan ikat jamin RM3,000 bagi setiap pertuduhan.

Hakim Mohd Rosli Osman membenarkan ikat jamin RM2,000 bagi setiap pertuduhan dan meminta tertuduh mendapatkan khidmat peguam. Beliau menetapkan 20 November ini untuk perbicaraan. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan