Pemain Bola Sepak Piala Presiden T-Team Didakwa Beri Keretangan Palsu di Mahkamah

Diterbitkan: Khamis, 24 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Seorang pemain pasukan bola sepak Piala Presiden T-Team dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan memberi keterangan palsu ketika menjadi saksi dalam satu kes perbicaraan mengatur perlawanan bola sepak membabitkan pasukan itu dengan pasukan Pahang, kira-kira tiga tahun lepas.

Mohd Azuan Hussein, 21, dari Kampung Pak Sik, Jertih, Besut mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan semula atas tuduhan keterangan tidak selaras diberikannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Terengganu dengan keterangan semasa dalam perbicaraan pada 3 Disember lepas.

Hakim Wan Fadhilah Nor Wan Idris menetapkan 26 November ini untuk sebutan semula kes dan memerintahkan Mohd Azuan yang tidak diwakili peguam diikat jamin RM2,500 dengan bersyarat setelah wakil Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Mazlan Md Zain membuat rayuan bahawa tertuduh bukanlah berasal daripada keluarga berada.

Wan Fadhilah juga memerintahkan Mohd Azuan melantik seorang peguam kerana tertuduh memohon supaya dibicarakan semula.

Dia dituduh memberi keterangan bercanggah pada 3 Disember lepas, kira-kira pukul 10 pagi hingga 1 tengah hari ketika menjadi saksi kes perbicaraan bekas jurulatihnya Sufian Ngah dan K. Rajendran di Mahkamah Sesyen di sini.

Mohd Azuan didakwa memberi keterangan berbunyi "Sebelum perlawanan dengan negeri Pahang, Sufian Ngah tiada berjanji atau suruh berbuat apa-apa dalam perlawanan ini."

Keterangan itu tidak selaras dengan pernyataan tertuduh kepada Penolong Kanan Penguasa SPRM, Ahmad Syukri @ Senek Mustafa pada 4 Jun 2011 iaitu, "Game seterusnya adalah T-Team menentang pasukan Pahang bertempat di Kuantan, juga pada bulan Februari 2010. Sebelum game bermula Sufian telah bagi arahan kepada saya, Shaqudin, Azwan Ali, Nizam dan Nazmir supaya T-Team menang.

"Saya telah lupa berapakah gol yang mesti menang. Menurut Sufian jika arahan beliau dipatuhi, saya berlima akan diberikan duit oleh bookie."

Dia dituduh mengikut Seksyen 27 (2) Akta SPRM 2009 (Akta 694) yang boleh dihukum menurut seksyen sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda RM100,000 atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Farah Yasmin Salleh. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Ayda Jebat Kecewa Mainan Politik

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan