Wanita Didakwa Pecah Amanah RM228,173 Wang Syarikat Milik Abang

Diterbitkan: Rabu, 23 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Seorang bekas penolong pengurus dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu atas tujuh pertuduhan melakukan pecah amanah wang syarikat milik abangnya berjumlah RM228,173.

Yap Saw Lan, 41, dari Jalan Batu Unjur, Klang dekat sini, mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Datuk Noradidah Ahmad.

Tertuduh, yang ketika kejadian penolong pengurus di Kilang Methodcon Trading & Engineering Works Sdn Bhd, didakwa melakukan pecah amanah iaitu menyalahguna wang syarikat dan memasukkan wang itu ke dalam akaun Syarikat Hyu Dai Industries yang dia adalah pengarahnya.

Wanita itu didakwa melakukan kesemua kesalahan di premis syarikat Methodcon Trading & Engineering Works di PT No.14381, Jalan Perusahaan 2A, Kawasan Perindustrian Pandamaran Jaya, Pelabuhan Klang dekat sini, antara 2 Julai 2010 dan 19 Julai 2013.

Pertuduhan ke atasnya dibuat mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum setahun dan maksimum 14 tahun serta dengan sebatan dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Siti Syuhada Alwi membantah ikat jamin ke atas Yap atas alasan pertuduhan yang dihadapinya tidak boleh dijamin dan mengambil kira jenayah pecah amanah kerap berlaku di negara ini.

Peguam Tan Choon Hong yang mewakili tertuduh bagaimanapun memohon supaya anak guamnya dibenarkan diikat jamin atas alasan kesalahan itu tidak melibatkan unsur keganasan atau kecederaan.

"Tertuduh tidak bekerja lagi di syarikat pengadu yang merupakan abang kepada tertuduh, jadi tidak ada isu tertuduh akan mengganggu pengadu. Kami beri jaminan jika tertuduh mengganggu pengadu, ikat jamin ke atasnya boleh ditarik serta-merta," katanya.

Hakim Noradidah kemudian membenarkan Yap diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin bagi kesemua pertuduhan dan menetapkan 18 Nov ini untuk sebutan semula kes. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan