Seorang Lelaki Didenda RM100 Kerana Memaki Polis

Diterbitkan: Rabu, 23 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Gara-gara kecewa dan melepaskan geram kerana di halang memasuki stadium untuk menonton perlawanan bola sepak, seorang lelaki didenda RM100 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah memaki seorang anggota polis wanita Sabtu lepas.

Tertuduh, Mohd Norazlan Md Rashid, 32, didakwa memaki dengan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap seorang koperal dari cawangan Trafik Kuantan.

Mohd Norazlan Md Rashid, dari Taman PSJ, Perkampungan Sungai Karang Damai dekat sini dituduh melakukan kesalahan itu di pintu hadapan Stadium Darul Makmur, Kuantan ketika perlawanan separuh akhir Liga Malaysia, Pahang menentang Sarawak, 19 Oktober lepas.

Dia dituduh mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 yang boleh membawa hukuman denda sehingga RM100 jika sabit kesalahan.

Sebelum dijatuhi hukuman itu, tertuduh memberitahu mahkamah dia hilang sabar terhadap pengurusan stadium yang menafikan haknya untuk menyaksikan perlawanan itu apabila usahanya beratur sejak 7.30 malam hingga 10.15 malam hampa sedangkan dia mempunyai tiket sah.

Perbuatan tertuduh yang turut mempertikai tugas serta pakaian seragam anggota terbabit ditegur Majistret Jesseca Daimis kerana polis hanya menjalankan tugas mengawal keadaan dan tiada kaitan dengan masalah pihak pengurusan stadium.

"Sebagai manusia kita perlu saling hormat-menghormati tidak kira dia polis atau orang awam dan begitu juga sebaliknya," tegur Jesseca sebelum menjatuhkan hukuman itu. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan