Pengarang Buku Gagal Peroleh Kebenaran Merayu

Diterbitkan: Rabu, 23 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Pengarang buku tentang peristiwa keganasan Kampung Medan pada 2001 gagal dalam usaha terakhirnya di Mahkamah Persekutuan di sini, Selasa supaya pengharaman buku itu pada 2006 ditarik balik.

Peguam K. Arumugam, 54, yang dulunya seorang jurutera, gagal mendapatkan kebenaran daripada panel lima hakim untuk merayu terhadap keputusan kerajaan mengharamkan buku itu.

Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Ahmad Maarop, yang mengetuai panel berkenaan, sebulat suara menolak permohonan kebenaran untuk merayu oleh Arumugam terhadap keputusan mahkamah tinggi dalam mengekalkan keputusan kerajaan untuk mengharamkan buku berbahasa Tamil itu.

Turut bersidang dalam panel itu ialah hakim-hakim Datuk Hasan Lah, Datin Paduka Zaleha Zahari, Datuk Jeffrey Tan Kok Wha dan Datuk Ramly Ali. Panel itu tidak membuat apa-apa perintah berhubung kos.

Pada 23 Februari, 2007, Arumugam memfailkan permohonan semakan semula penghakiman supaya diisytiharkan sebagai tidak sah, perintah yang dibuat menteri dalam negeri pada 21 November 2006 untuk menghalang penerbitan, penjualan dan pengedaran buku itu atas alasan ia merupakan ancaman kepada keselamatan negara.

Buku itu berjudul, 'March 8', susulan peristiwa keganasan di Kampung Medan, Selangor pada 8 Mac, 2001.

Arumugam, yang juga pengerusi Suaram, dalam permohonan semakan semula penghakimannya itu, menamakan menteri keselamatan dalam negeri dan timbalan menteri keselamatan dalam negeri pada masa itu, selain kerajaan Malaysia, sebagai responden.

Pada 10 Julai 2007, mahkamah tinggi di Kuala Lumpur membenarkan permohonan Arumugam untuk meneruskan permohonan semakan semula penghakimannya.

Selepas mendengar permohonan semakan semula penghakiman itu, mahkamah tinggi pada 12 Februari 2010 menolak permohonan Arumugam untuk mendapatkan perintah certiorari bagi membatalkan keputusan kerajaan mengharamkan buku itu.

Beliau gagal dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan pada 6 Ogos 2012 yang mengekalkan keputusan mahkamah tinggi.

Arumugam diwakili peguam Fahri Azzat dan Edmund Bon manakala Peguam Kanan Persekutuan Shamsul Bol Hassan mewakili responden. -BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan