Mahkamah Kekal Perbicaraan Tian Chua, Lima Yang Lain Dibicara Berasingan

Diterbitkan: Rabu, 23 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi pada Rabu mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen yang membenarkan kes perbicaraan Naib Presiden PKR, Tian Chua dan lima lagi yang didakwa memberi ucapan berbaur hasutan dalam satu ceramah pada 13 Mei lepas, dibuat secara berasingan.

Hakim Kamardin Hashim membuat keputusan itu selepas menolak permohonan semakan pihak pendakwaan berhubung keputusan Hakim Mahkamah Sesyen Norsharidah Awang yang memutuskan kes itu dibicarakan berasingan.

Kamardin berkata, hakim Mahkamah Sesyen itu telah melaksanakan kuasa bicaranya dengan betul, namun terpulang kepada budi bicaranya untuk mengarahkan sama ada kes itu dibicara berasingan atau dibicara bersama.

"Setelah menyemak prosiding asal dan keputusan Mahkamah Sesyen, mahkamah mendapati Hakim Mahkamah Sesyen telah melaksanakan kuasa bicaranya dengan betul dan dengan ini mahkamah mengekalkan perintah hakim itu yang memutuskan perbicaraan dijalankan berasingan," katanya.

Pada 13 September lepas, Norsharidah memutuskan perbicaraan enam aktivis propembangkang itu dibuat secara berasingan supaya tidak memprejudiskan semua tertuduh memandangkan masa dan teks ucapan setiap mereka adalah berbeza.

Selain Tian Chua atau nama sebenarnya Chua Tian Chiang, 50, turut didakwa ialah aktivis mahasiswa propembangkang Adam Adli Abd Halim, 24; aktivis Hishamuddin Md Rais, 62; anggota PAS Mohd Tamrin Abdul Ghafar, 63; peguam Haris Fathillah Mohamed Ibrahim, 54, dan Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia, Muhammad Safwan Awang @ Talib, 24.

Terdahulu, peguam Azizzul Shariman Mat Yusoff yang mewakili Muhammad Safwan dan Mohd Tamrin dalam hujahnya berkata kes itu perlu dibicara berasingan kerana terdapat enam ucapan berasingan.

"Walaupun pertuduhan menghasut terhadap enam tertuduh berlaku dalam satu majlis, tempat dan masa yang sama, tidak semestinya kesemua pertuduhan dibicara bersama, ini kerana ada enam ucapan berasingan oleh keenam-enam tertuduh," katanya.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya, Azlina Rasdi berhujah kes itu perlu dibicarakan bersama kerana ia melibatkan saksi-saksi dan rakaman video yang sama.

Tian Chua, Adam Adli dan Hishamuddin diwakili peguam Michelle Yesudas.

Manakala Haris Fathillah diwakili Gobind Singh Deo. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan