Dua Pengarah Syarikat Pelaburan Emas Didakwa Terima Deposit Tanpa Lesen

Diterbitkan: Rabu, 23 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dua pengarah syarikat pelaburan emas, The Gold Label Sdn Bhd pada Rabu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap tuduhan menerima deposit lebih RM400 juta daripada orang awam tanpa lesen yang sah.

Liew Choon Khee, 34, dan How Soo Feng, 39, didakwa menerima deposit itu melalui skim yang melibatkan transaksi emas di A-21-1, Tingkat 21, Northpoint Offices, Tower A, Mid Valley City, No. 1, Medan Syed Putra di sini antara 22 April 2009 dan 6 Mei 2010.

Mereka yang masing-masing menghadapi dua pertuduhan itu, didakwa mengikut Seksyen 103(1)(a) Akta Bank dan Institusi-institusi Kewangan 1989 yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda tidak melebihi RM10 juta atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu Pegawai Pendakwa daripada Bank Negara, Mohd Shukri Ahmad Mansor menawarkan jaminan RM1 juta dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh serta syarat tambahan iaitu pasport diserahkan kepada mahkamah.

Peguam M. Kavimani yang mewakili Liew dan How, memohon jaminan terhadap Liew dikurangkan kerana anak guamnya tidak mampu membayar jaminan yang tinggi selain telah memberi kerjasama sepanjang siasatan kes dijalankan.

Bagi How pula, Kavimani memohon agar jaminan terhadap pengarah syarikat wanita itu ditetapkan di bawah RM100,000 kerana akaunnya telah dibekukan.

Hakim Norsharidah Awang membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM600,000 dengan seorang penjamin serta memerintahkan pasport kedua-dua tertuduh diserahkan kepada mahkamah dan menetapkan 29 November untuk sebutan. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan