CEO, Suami Didakwa Seleweng Wang Pelabur Bernilai RM2.2 Juta

Diterbitkan: Selasa, 22 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Seorang ketua pegawai eksekutif sebuah syarikat dan suaminya dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini, Selasa atas tuduhan menyeleweng wang milik 170 pelabur berjumlah RM2.2 juta untuk skim ternakan ikan keli, pada tahun lalu.

Zuriata Mohd Darus, 43, dan suaminya, Mohd Roshaidi Yusof, 45, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Kanageswari Nalliah.

Bagi tuduhan pertama, Zuriata selaku pemilik Agro Multy Trading Bhd didakwa gagal mematuhi perjanjian di dalam Surat Ikatan Amanah Skim Keli Malaya bertarikh 28 Mei 2012 yang syarikat itu dikehendaki membayar kepada pemegang amanah dalam tempoh 30 hari selepas menerima wang daripada pelabur.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di alamat perniagaan syarikat itu di nombor 190 & 191, Galla Industrial Park, Jalan Labu di sini antara 11 Jun dan 14 November 2012.

Dia didakwa mengikut Seksyen 94(1)(b) Akta Syarikat 1965 yang memperuntukkan hukuman penjara lima tahun atau denda RM100,000, jika sabit kesalahan.

Zuriata dan suaminya juga didakwa secara berasingan bersubahat dengan syarikat Agro Multy Trading Bhd yang gagal mematuhi perjanjian yang sama di lokasi dan tarikh yang sama.

Kedua-dua mereka didakwa mengikut Seksyen 64(1)(b) Akta Syarikat 1965 yang dibaca bersama Seksyen 109 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara lima tahun atau denda RM100,000 jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Mohamad Azies Han Mohd Fadzil dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia manakala kedua-dua tertuduh di wakili peguam Prakasam Palany.

Terdahulu, Mohamad Azies Han memohon mahkamah membebaskan kedua-dua tertuduh dengan ikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan.

Bagaimana pun, Prakasam kemudiannya memohon mahkamah mengurangkan wang jaminan berkenaan dengan alasan pasangan itu tidak mempunyai wang selain perlu menyara keluarga.

Kanageswari kemudian membenarkan kedua-dua tertuduh, masing-masing diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan dan menetapkan 21 November depan sebagai tarikh sebutan semula kes. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan