Mahkamah: Lelaki Didakwa Menyamar Kerabat Raja Kedah

Diterbitkan: Jumaat, 18 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini terhadap pertuduhan menggunakan lambang tanpa kelulusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) dan menyamar sebagai kerabat raja Kedah pada Oktober tahun lepas.

Roshidi Fadzil, 47, dituduh menggunakan lambang Pertubuhan Amal Kebajikan Islamiah Malaysia (Pakim Diraja atau Serampang Tiga) tanpa kebenaran JPPM, pada 23 Okt 2012 di Dewan Banquet Hotel Cititel di sini.

Dia didakwa mengikut Seksyen 50(3) Akta Pertubuhan 1966 yang membawa hukuman penjara tidak lebih tiga bulan atau denda tidak lebih RM3,000, jika sabit kesalahan.

Roshidi juga dituduh menipu Ooi Ten Seng, 33, di tempat dan pada tarikh sama dengan menyamar sebagai kerabat raja Kedah Yang Teramat Mulia Tunku Putera Roshidi Tunku Fadzil, mengikut Seksyen 419 Kanun Keseksaaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya.

Majistret L. Umma Devi membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 untuk kedua-dua pertuduhan dengan seorang penjamin dan menetapkan 18 November depan untuk sebutan semula dan pengurusan kes.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Suhaimi Ibrahim manakala Roshidi diwakili peguam Muhd Yahya Zakaria. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan