Lelaki Masih Berperwatakan Kehormat Walaupun Didakwa Menyamar Kerabat Diraja

Diterbitkan: Jumaat, 18 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Roshidi diiringi polis di mahkamah majistret di George Town.
Roshidi diiringi polis di mahkamah majistret di George Town.

GEORGE TOWN: Dilihat seperti seorang kehormat dengan berpakaian baju biru lengan panjang, bersongkok dan membawa tongkat, seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini kerana menyamar sebagai kerabat diraja dengan menggunakan lambang tanpa kelulusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS).

Roshidi Fadzil, 47, dari Taman Bunga Raya di Melaka, tiba di mahkamah dengan kenderaan polis, dilihat begitu yakin dan tenang.

Beliau mengaku tidak bersalah kerana menggunakan lambang Pertubuhan Amal Kebajikan Islamiah Malaysia (Pakim Diraja/Serampang Tiga) yang tidak didaftarkan dengan ROS.

Beliau menafikan melakukan kesalahan itu di dewan jamuan di Cititel Hotel di Pulau Pinang Road di sini pada kira-kira pukul 4.15 petang pada 23 Oktober tahun lepas.

Kesalahan itu membawa hukuman penjara sehingga tiga bulan atau denda sehingga RM3,000.

Roshidi turut mengaku tidak bersalah kerana menipu Ooi Ten Seng, 39, dengan menyamar sebagai kerajat diraja dengan gelaran "Yang Teramat Mulia (YTM) Tunku Putera Tunku Roshidi Hj Fadzil" di tempat dan hari yang sama.

Kesalahan ini membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Majistret Umma Devi Loganathan menetapkan ikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 18 November untuk sebutan kes.

Roshidi dibenarkan ikat jamin.

Ketika dia melangkah keluar dari mahkamah, Roshidi memandang ke arah kamera media untuk seketika, berdiri lurus dan tegap.

Dia kemudian beredar sambil berkerut.

Dilaporkan bahawa pada 23 Oktober tahun lepas, polis menahan seorang lelaki yang mendakwa dirinya sebagai kerabat diraja Kedah bersama 12 yang lain.

Mahkamah Syarie Melaka menerima surat, walkie- talkie, tudung dan rantai kunci dan pelekat badan bukan kerajaan(NGO).

Kereta BMW 7 Series turut disita.

Suspek dikatakan menggunakan BMW, yang mempunyai plat kuning dikhaskan untuk kerabat diraja serta lambang.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan