Guru Bebas Tuduhan Cabul Pelajar

Diterbitkan: Jumaat, 18 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Seorang guru sekolah rendah sekali lagi dibebaskan daripada tuduhan mencabul pelajar apabila Mahkamah Majistret di sini membebaskan beliau atas alasan keraguan yang munasabah.

Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid memerintahkan Mohd Radzi Misran, 57, berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan itu.

Mohd Radzi didakwa mencabul seorang pelajar berusia lapan tahun di sebuah sekolah di Subang Jaya pada 29 Mac 2011.

Mahkamah mendapati bukti saksi pendakwaan tidak menyokong keterangan mangsa kerana ia adalah berdasarkan semata-mata atas apa yang mangsa katakan kepada saksi lain.

"Bagaimanapun, bukti mangsa masih bercanggah dengan kenyataan saksi lain, terutamanya bagaimana dia dicabul," kata Ahmad Solihin.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan