Empat Didakwa Bunuh Warga Emas

Diterbitkan: Jumaat, 18 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BANTING: Isteri dan menantu lelaki seorang warga emas bersama dua lelaki lain dihadapkan ke Mahkamah Majistret Telok Datok pada Jumaat atas tuduhan membunuh warga emas itu secara bersama awal bulan ini.

R. Yagavali, 50 (wanita) dan P. Gunalan, 28, (lelaki) dituduh bersama-sama P. Keeshor Kumaar, 19, dan R. Dhasarathi Naidu, 19, membunuh P.Sukumaran, 62, secara bersama di sebuah rumah di Kampung Sungai Sedu Banting antara pukul 7 malam 4 Oktober sehingga pukul 6 pagi 5 Oktober tahun ini.

Kesemua tertuduh mengangguk faham mengenai pertuduhan yang dibacakan ke atas mereka di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama oleh jurubahasa dalam Bahasa Tamil di hadapan Majistret Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin.

Tiada pengakuan direkodkan semasa pertuduhan dibacakan.

Mahkamah menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 25 November ini.

Yagavali dan Gunalan hadir ke mahkamah tanpa diwakili peguam sementara Keeshor Kumaar diwakili oleh peguam V. Ayasamy dan Dhasarathi Naidu diwakili oleh Ratchel Suppiah manakala pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa Ridhuan Abdullah. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan