Dua Warga Asing Dituduh Rompak Mesin ATM

Diterbitkan: Jumaat, 18 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MARAN: Dua lelaki warga asing dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini Jumaat atas pertuduhan merompak sebuah mesin pengeluar wang automatik (ATM) di sini awal bulan ini.

Carlos Roberto Gonzales, 55, warga Argentina dan Timoteo Bartolome, 31, warga Peru dituduh melakukan jenayah tersebut antara pukul 3 hingga 5 pagi di premis Bank Rakyat di sini 9 Oktober lepas.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Pertuduhan dalam bahasa Inggeris dibacakan oleh Pegawai Pendakwa, Inspektor Ridzwan Seman manakala tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh.

Tiada jaminan ditawarkan kepada kedua-dua tertuduh dan Majistret Rini Triani Mohamad Ali menetapkan 20 November untuk sebutan semula kes. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan