Syarikat Tarik Balik Saman RM1.98 Juta Terhadap Rosnah Shirlin

Diterbitkan: Khamis, 17 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sebuah syarikat pengurusan majlis pada Khamis menarik balik saman berjumlah RM1.98 juta yang difailkan terhadap Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berhubung Karnival Sihat 3S di kawasan Parlimen Papar di Sabah, dua tahun lepas.

Hakim Mahkamah Tinggi Datin Yeoh Wee Siam membenarkan permohonan Universal Credential Sdn Bhd bagi menarik balik saman itu dengan kos RM200.

Peguam Raihanah Ashriqin Ariffin yang mewakili Rosnah memberitahu pemberita bahawa mahkamah kemudian membatalkan saman itu.

Beliau berkata plaintif menarik balik samannya atas alasan syarikat itu akan memfailkan saman baharu bagi menambah defendan.

Pada 29 Ogos lepas, syarikat itu memfailkan saman terhadap Rosnah dan menamakannya sebagai defandan bagi menuntut ganti rugi berjumlah RM1.98 juta atas dakwaan memungkiri perjanjian berhubung Karnival 3S (Sihat, Sejahtera & Selamat) yang diadakan bermula 9 Disember hingga 11 Disember 2011 di Padang Pekan Papar, Papar, Sabah.

Dalam pernyataan tuntutannya, syarikat itu mendakwa Rosnah selaku anggota Parlimen Papar telah meminta syarikat itu untuk menganjurkan satu Karnival Kesihatan di kawasan itu.

Syarikat itu mendakwa telah berjumpa defendan pada Jun 2010 di Kementerian Kesihatan, Putrajaya, dan defendan berjanji untuk membayar plaintif segala perbelanjaan dan kos bagi mengatur dan mengurus karnival itu.

Ia mendakwa selepas karnival itu berakhir, defendan telah enggan untuk membayar baki sebanyak RM482,767.84.

Syarikat itu menuntut ganti rugi am untuk kemungkiran perjanjian sebanyak RM500,000, ganti rugi teladan dan teruk berjumlah RM1 juta, ganti rugi khas RM482,767.84, faedah dan juga kos.

Rosnah dalam pernyataan pembelaannya bertarikh 3 Oktober berkata pernyataan tuntutan yang difailkan syarikat itu merupakan satu fitnah kepadanya dan plaintif juga gagal menunjukkan sebarang bukti perjanjian di antara mereka.

Rosnah yang pada ketika itu Timbalan Menteri Kesihatan berkata beliau hanya menjalankan tugas beliau bagi membantu plaintif mendapatkan penajaan dan sokongan daripada pelbagai pihak dengan menghantar surat sokongan bertarikh 14 Oktober 2011. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan