Kanak-Kanak Dirogol Sebelum Berkahwin Gagal Hadir Ke Mahkamah

Diterbitkan: Rabu, 16 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Waran tangkap telah dikeluarkan terhadap seorang gadis yang pelajar berusia 13 tahun dan bapanya kerana gagal menghadirkan diri di Mahkamah Sesyen sebagai saksi untuk kes rogol yang melibatkan pengurus restoran Riduan Masmud.

Gadis itu dan ayahnya sepatutnya hadir memberi keterangan dalam perbicaraan Riduan yang dituduh di atas kesalahan rogol berkanun.

Kejadian itu didakwa berlaku di dalam kereta yang diletakkan di air terjun Kionsom di Inanam, dekat sini pada 18 Februari lalu.

Timbalan Pendakwa Raya Raja Zaizul Zaharudin memohon waran itu selepas menunggu selama setengah hari untuk kedua-duanya hadir di mahkamah di sini pada Rabu.

Hakim mahkamah Sesyen Ummu Kalthom Samad mengarahkan waran tangkap dikeluarkan serta-merta memandangkan bapa dan anaknya sudah tahu mereka sepatutnya hadir di mahkamah.

"Perintah itu akan dilaksanakan dengan serta-merta dan dengan itu, ia bermakna mereka perlu berada di Mahkamah Sesyen esok dan mangsa akan dipisahkan daripada mana-mana orang dewasa semasa perbicaraan," katanya.

Mahkamah juga mendengar keterangan daripada jururawat Salawati Arab yang membantu doktor memeriksa mangsa ketika dibawa masuk oleh pihak polis selepas laporan rogol telah dibuat pada 18 Februari.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan