Rompak: Ahli Perniagaan Dipenjara Lima Tahun Empat Bulan

Diterbitkan: Jumaat, 11 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang ahli perniagaan dipenjara lima tahun empat bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini terhadap empat pertuduhan termasuk merompak dan mengurung secara salah, enam tahun lepas.

Hakim Azman Mustapha memerintahkan Choy Chen Wai, 31, menjalani hukuman penjara itu bermula dari tarikh tangkapan pada 20 Dis 2012 selepas dia menukar pengakuan kepada bersalah pada Jumaat terhadap kesemua pertuduhan itu.

Bagaimanapun Choy hanya perlu menjalani hukuman penjara dua tahun selepas Azman memerintahkannya menjalani hukuman itu secara serentak.

Bagi dua pertuduhan merompak, Choy dijatuhi hukuman penjara masing-masing dua tahun manakala bagi pertuduhan melakukan kurungan secara salah dia dipenjara setahun dan bagi pertuduhan memiliki sepasang gari tanpa kebenaran, penjara empat bulan.

Bagi pertuduhan pertama Choy didakwa bersama-sama dua lagi yang telah dituduh dan seorang yang masih bebas, merompak seorang lelaki Mak Gueng Heng, 55, dengan mengambil seutas jam tangan, pemetik api, wang tunai RM2,750, dua bentuk cincin perak, sebuah kereta Honda CRV dan telefon bimbit di No.1, Jalan 2/96 Taman Bukit Mewah, di sini pada 9 malam, 27 Mac 2007.

Bagi pertuduhan kedua, Choy didakwa bersama-sama dua lagi yang telah dituduh dan seorang yang masih bebas, melakukan kurungan secara salah ke atas Gueng Heng bagi tujuan mendapatkan wang tunai RM15,000 di tempat dan masa yang sama.

Bagi pertuduhan ketiga, Choy didakwa bersama-sama dua lagi yang telah dituduh, dengan niat bersama merompak anak lelaki Gueng Heng, Mak Ying Choon, 33, dengan mengambil seutas jam tangan, pemetik api dan wang tunai RM7,000 di G-05-04, Ketumbar Hill Kondominium, Taman Cheras, di sini pada 2.30 petang, 28 Mac 2007.

Bagi kesalahan merompak, Choy didakwa mengikut Sekyen 392 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 14 tahun dan denda atau sebat manakala bagi kesalahan mengurung secara salah dia didakwa mengikut Seksyen 347 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun dan denda.

Choy juga menghadapi satu lagi pertuduhan iaitu memiliki sepasang gari tanpa kebenaran di hadapan kedai serbaneka 24 jam di Taman Cheras, di sini pada 29 Mac 2007 mengikut Seksyen 89(a) Akta Polis yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM500 atau penjara maksimum enam bulan atau kedua-duanya.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Norman Mohd Nasir memohon mahkamah mengambil kira faktor kepentingan awam memandangkan kes rompak semakin berleluasa dan memohon hukuman setimpal dikenakan ke atas tertuduh.

Peguam Harvinder Singh memohon hukuman ringan atas alasan ia merupakan kesalahan pertama anak guamnya dan tertuduh telah sedar akan kesilapannya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan