Mahkamah Rayuan Benar Wanita Vietnam Hadapi Hukuman Mati Kemuka Keterangan Baru

Diterbitkan: Jumaat, 11 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Dalam keputusan yang jarang-jarang dibuat, Mahkamah Rayuan pada Jumaat membenarkan permohonan seorang wanita warga Vietnam, yang dijatuhi hukuman mati bagi kesalahan mengedar dadah, untuk mengemukakan keterangan baharu dalam usaha membuktikan dirinya tidak bersalah.

Panel tiga hakim dipengerusikan Datuk Balia Yusof Wahi membenarkan permohonan Nguyen Thanh Ngoc Tuyet untuk mengemukakan keterangan baharu iaitu dua kenyataan polis dan keterangan lisan tiga saksi warga Vietnam untuk menyokong isi kandungan dokumen berkenaan.

Kenyataan itu didakwa dibuat oleh rakannya Tran Tranh Tam kepada dua pegawai polis Vietnam yang merekodkan kenyataannya di Vietnam.

Nguyen Thanh, 25, pelajar universiti yang keciciran, mendakwa dalam pembelaannya bahawa dia mengambil sebuah beg (dadah ditemui dalam beg itu) milik Tran Tranh di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dan dia tidak tahu isi kandungan beg itu.

Hakim Balia menetapkan 11 Dis untuk Mahkamah Rayuan mendengar keterangan Tran Tranh dan dua pegawai polis Vietnam itu. Keterangan mereka (Tran Tranh dan dua pegawai polis Vietnam) dengan itu akan dimasukkan dalam rekod rayuan dan dipertimbangkan oleh panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang akan mendengar rayuan Nguyen Thanh terhadap sabitan dan hukuman matinya.

Hakim Balia yang bersidang bersama-sama Datuk Rohana Yusuf dan Datuk Seri Zakaria Sam memerintahkan tiga saksi berkenaan hadir di Mahkamah Rayuan atas perbelanjaan pihak pembelaan.

Beliau juga memerintahkan keterangan ketiga-tiga saksi itu didengar oleh panel Mahakmah Rayuan dan bukannya di Mahkamah Tinggi kerana Pesuruhjaya Kehakiman Mohd Amin Firdaus Abdullah yang mendengar perbicaraan Nguyen Thanh telah bersara tahun ini.

"Pertimbangan utama kami kepentingan keadilan. Setiap peluang mesti diberi kepada perayu (Nguyen Thanh) kerana dia berdepan hukuman mati. Ini merupakan keadaan khusus untuk membenarkan permohonannya," kata Hakim Balia.

Dalam prosiding hari ini, peguam mewakili Nguyen Thanh, K.Simon Murali berkata kenyataan yang direkodkan mendedahkan fakta penting yang mampu mengukuhkan pembelaan anak guamnnya yang dia tidak tahu mengenai dadah dalam beg yang dibawanya semasa dia ditahan.

Simon berkata keterangan baharu itu hanya timbul pada Disember tahun lepas dan Julai tahun ini dan tidak diberikan kepada Nguyen Thanh semasa perbicaraan di Mahkamah Tinggi.

Beliau berkata penghakiman Mahkamah Tinggi memutuskan Tran Tranh bukan karakter rekaan tetapi individu yang benar-benar wujud yang telah mengaturkan perjalanan dan penginapan Nguyen Thanh di Malaysia.

Simon berkata pihak pembelaan telah bekerjasama dengan Kedutaan Vietnam berhubung perkara itu.

Nguyen Thanh yang mempunyai seorang anak dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi di George Town pada 18 Julai, 2012 selepas didapati bersalah mengedar 2,030.5 gram methamphetamine di balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang di Bayan Lepas pada 10.10 pagi, 26 Jun 2011.

Dia mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan