Mekanik Romania Terlepas Hukuman Mati

Diterbitkan: Khamis, 10 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Seorang mekanik warga Romania pada Khamis terlepas daripada hukuman gantung sampai mati apabila Mahkamah Tinggi Shah Alam mengurangkan pertuduhan asal terhadapnya daripada mengedar 2.5kg methampethamine di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) tahun lepas kepada memiliki dadah itu.

Hakim Datuk Nurchaya Arshad menghukum Stefan Coroi, 29, lapan tahun penjara dan 10 kali sebatan berkuat kuasa tarikh dia ditahan setelah pihak pendakwa gagal membuktikan di luar keraguan munasabah bagi pertuduhan asal.

Beliau mengurangkan pertuduhan kepada Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39A(2) akta sama, yang membawa hukuman penjara seumur hidup atau atau tidak kurang lima tahun dan 10 kali sebatan.

Nurchaya berkata secara teknikal, tertuduh memiliki dadah berkenaan, tetapi tidak mengetahui barang yang dibawanya.

Beliau menyifatkan tertuduh sebagai seorang yang cuai kerana membawa beg mengandungi dadah ke Malaysia selepas diberi seorang rakan yang ditemuinya di Istanbul, Turki. Peguam Datuk N.Sivananthan yang mewakili Coroi memohon mahkamah menjatuhi hukuman lima tahun penjara ke atas anak guamnya memandangkan tertuduh perlu menjaga ibunya, seorang janda yang sakit, dan kedatangannya ke Malaysia adalah atas urusan perniagaan.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya daripada Jabatan Kastam Naziah Mokhtar meminta mahkamah menjatuhi hukuman maksimum terhadap tertuduh berdasarkan berat dadah yang dibawanya dan untuk memberi pengajaran kepada pengedar dadah dari negara lain supaya tidak datang ke Malaysia.

Lagi pun kata beliau, telah terbukti di mahkamah bahawa dadah berkenaan berada dalam kawalan tertuduh dan dia membawa beg itu dari Turki ke Romania sebelum ke KLIA. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan