Karnival 'Jom Masuk U': Pegawai Kanan Jabatan Pengajian Tinggi Didakwa Terima Deposit - Berita Mahkamah | mStar

Karnival 'Jom Masuk U': Pegawai Kanan Jabatan Pengajian Tinggi Didakwa Terima Deposit

Diterbitkan: Khamis, 10 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang pegawai kanan di Jabatan Pengajian Tinggi pada Khamis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan menerima deposit cek RM3,000 berhubung tender perkhidmatan gerai pameran pendidikan karnival 'Jom Masuk U', dua tahun lepas.

Ismail Nor Hassan Basri, 42, yang ketika kejadian Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar di jabatan itu, didakwa menerima satu deposit cek bernilai RM3,000 daripada pembekal gerai pameran, Low Chon Yok di Hong Leong Bank Cawangan Setapak, 8&10, Jalan 3/50C Taman Setapak Indah Jaya, Off Jalan Genting Kelang pada 4 Oktober 2011.

Perbuatan itu dilakukan kerana Ismail mengetahui Low ada kaitan dengan tender perkhidmatan merekabentuk, penyediaan dan pemasangan gerai pameran pendidikan termasuk perkhidmatan sewaan tapak pameran dan perkhidmatan penyediaan untuk majlis pelancaran dan majlis penutup Karnival Pengajian Tinggi 'Jom Masuk U', di mana tertuduh turut terlibat dalam program terbabit.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Pegawai Pendakwa dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Amir Hamzah Idris menawarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan iaitu tertuduh perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Peguam Tan Hui Chuan, yang mewakili Ismail memohon jaminan dikurangkan kepada RM3,000 dengan alasan anak guamnya itu memberi kerjasama sepenuhnya kepada SPRM sepanjang siasatan dilakukan.

Hakim Ahmad Zamzani Mohd Zain membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan yang dipohon pendakwaan.

Mahkamah turut menetapkan 12 November ini untuk sebutan kes. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan