Anak Tunggal Hussain Najadi Peroleh Harta RM1.8 Juta

Diterbitkan: Khamis, 10 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Anak lelaki tunggal kepada pengasas Kumpulan Perbankan Arab Malaysia, Hussain Ahmad Najadi yang meninggal dunia dalam kejadian tembak di sini Julai lalu, hari ini berjaya memperoleh harta milik bapanya bernilai RM1.8 juta.

Ini berikutan Mahkamah Tinggi Syariah di sini membenarkan permohonan tuntutan faraid yang difailkan Pascal Ahmad Najadi, 46, terhadap harta itu.

Hakim Syarie Nassir Abdul Aziz membuat keputusan itu selepas meneliti permohonan Pascal mengikut Seksyen 50 Akta Pentadbiran Undang-undang Keluarga Islam Wilayah-Wilayah Persekutuan 1998.

Jumlah harta RM1.8 juta yang diperoleh Pascal itu termasuk wang tunai RM321,195.70 dalam satu akaun bank serta harta dan saham di sebuah syarikat di Labuan sebanyak 540,000 unit yang berjumlah RM1.5 juta.

Bagaimanapun, Hakim Nassir memerintahkan hutang piutang bapanya seperti kad kredit berjumlah RM32,208.70 hendaklah terlebih dulu dibayar sebelum harta lain diagihkan kepada waris.

Mahkamah memerintahkan perintah itu berkuat kuasa dalam masa tujuh hari.

Pascal, pengerusi dan juga ketua pegawai eksekutif di sebuah syarikat penasihat kewangan, merupakan anak tunggal kepada Hussain.

Hussain meninggal dunia dalam kejadian tembak 29 Julai di tempat letak kereta berhampiran Tokong Kuan Yin di Lorong Ceylon.

Dalam keputusannya, Hakim Nassir berkata berdasarkan dokumen yang dikemukakan, mahkamah mendapati tiada waris lain selain Pascal.

"Berdasarkan fakta itu, mahkamah mensabitkan bahawa Hussain meninggalkan seorang waris dengan nisbah pembahagian 1:1," katanya.

Dalam afidavit bagi menyokong permohonannya yang dikemukakan menerusi peguamnya Akberdin Abdul Kadir, Pascal menyatakan dia dilahirkan pada 20 Ogos 1967 di Switzerland dan mempunyai dua kerakyatan iaitu United Kingdom dan Switzerland.

Beliau berkata, datuknya iaitu Ahmad Najadi dan neneknya Balkis Najadi telah meninggal dunia pada 1998 dan 2008, masing-masing di Bahrain dan Iran. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan